Salam dunia...

Sunday, February 14, 2010

" TriButE FoR Sahabat "



:-) (-:

Rasa syukur di dalam hati atas semua kurnia Ilahi akan menjadi lembah mahmudah(kebaikan dalaman) paling subur buat tumbuhnya pohon-pohon kebaikan yang lain.

Untukmu
Album :
Munsyid : Durani
http://liriknasyid.com

Sahabat
Dalam kabut ku tercari-cari cahaya
Akhirnya ku temui sinar ceria diraut wajahmu

Andainya alam ini mampu berkata-kata
Pastilah pujian buat dirimu
Di waktu itu akulah yang bertuah
Punya sahabat sepertimu

Sahabat
Kau bimbing lah ku menuju cahaya Ilahi
Sahabat
Aku lemah mangharungi ranjau dunia

Sahabat
Aku ingin seperti mu dalam ketenangan
Menghadapi hidup ini




Sahabat ku bersyukur kerna mengenali dirimu
Ku harap moga kitakan bersama
Harungi segala suka duka
Moga kejayaan milik kita
Agar hidup menuju mulia

Monday, February 1, 2010

Dari Usrah JPP…

SEBUAh lAKArAN hIdUp..

Bismillahhirrahmanirrahim..Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya AnaKhalifatullah dapat menyulam kata di sini lagi..tak lupa juga kuntuman selawat dan salam ke atas Junjungan Agung kita Nabi Muhammad saw dan kepada seluruh ahli keluarga Baginda..Allahu akbar!!

Sudah lama rasanya tak berceloteh di sudut ini. Dan sudahpun banyak perkara dan peristiwa yang menyelinap dari sehari ke sehari.

Kali ini, ku luahkan serba sedikit qisah hidupku sepanjang berada dalam “USRAH” Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2009/2010 (JPP)..emm, terlalu banyak pengalaman yang ditimba dan tak mungkin boleh ku lupa..kesimpulan yang aku boleh nyatakan kat sini bukanlah mudah menjadi PEMIMPIN..

Sebenarnya, tak pernah ku sangka akan berada dalam JPP ni..apatah lagi dilantik menjadi Naib Setiausaha Agung Kehormat..begitulah titlenya dalam watikah pelantikan..

Inilah jawatan terbesar yang pernah ku sandang sepanjang bergelar seorang pelajar..dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah..seboleh-bolehnya nak ku elakkan jawatan ni..tapi Allah jua telah mentaqdirkan aku untuk berada di posisi ini..ya, AnaKhalifatullah rela menerima tugas ni..kata orang tak cuba tak akan tahu..kalu nak fikir soal layak tak layak, em…tak rasa layak pun..akan tetapi hasil bantuan semua pihak, Alhamdulillah soal2 berkaitan s/u ni dapat ku kuasai sikit demi sikit..

Bermula dari MT sampailah kepada Exco/Naib Exco@Biro, semuanya punya tanggungjawab masing-masing..JPP sebagai wakil kepada suara pelajar, menyampaikan apa sahaja luahan pelajar untuk dibawa kepada pihak pentadbiran..itu lah antara tugas utama.
Banyak perkara yang mula ku tahu..sama ada berkaitan pelajar atau pun berhubung pentadbiran kampus ni..macam-macam karenah..dan Allah jua Maha Mengetahui..ada ketika manis menyapa dan ada kala pahit berkunjung tiba..dan pastinya itu lah adat dunia…..haza dunya……….
Dari sini lah aku belajar dan meneliti setiap permasalahan yang ada..tidak lah terlalu pandai untuk menganalisis, sekadar menggunakan tahap dan kemampuan diri..lalu ku terjemahkan dalam tindakan..

SABAR ITU INDAH…ya, aku meyakini sebaris ayat ini..dan ia menambahkan keceriaan dalam hari-hariku..tapi, tak pasti pulak setinggi mana kesabaran yang menapak dalam diriku..

“Assalamualaikum.kpd semua JPP pd malam ini akan diadakan perjumpaan di Bilik JPP pada jam 9 mlm.kehadiran wajib”…ni antara “ayat power” untuk kerahkan semua JPP hadir mesyuarat..lama-kelamaan ayat ini mula sebati dalam diri dan dah tak kisah..tak ku nafikan setiap meeting yang diaturkan itu punya agenda primanya yang tersendiri malah menuntut pengorbanan dari semua..so, semua kena turun padanglah..meeting / perjumpaan..biasalah kalau jadi JPP ni..yang penting kena faham tugas masing-masing..JAWATAN bukanlah ANUGERAH tapi satu AMANAH..

Berada di posisi Naib Setiausaha..macam biasa, kena buat minit mesyuarat..waktu firstime dulu..kelam-kabut jugak rasanya nak buat minit ni.. tapi S/U banyak bantu ..dan rakan-rakan sekelas yang sentiasa memahami tugas harianku..terharu melihat pengorbanan rakan-rakan kelasku..iaitu kini PISMP 3.01..sayang semua!!!Syukran lakum..:-)

Emm..kena buat kertas kerja..ni antara pengalaman ‘baharu’..bes jugak..pengalaman lain: hantar surat-surat kepada pensyarah, memo…dari sini lah aku mula mengenali sikap-sikap pensyarah..macam2 jugak karakter deme ni..dari sebuah jabatan ke sebuah jabatan aku redah demi memastikan surat2 ni sampai kat semua..
Jabatan yang paling rapat sekali..jeng3 Jabatan Hal Ehwal Pelajar..satu kenangan manis berada dalam jabatan ni..dulu takut betoi nak mai kt jab ni..sekarang kalu tak g macam tak bes pulak.. so, kadang2 ada masa aku luangkan masa pergi lawat HEP..
Pada tanggal 11 Januari 2010, majlis pembubaran JPP sempurna dilaksanakan..jauh dalam hati cam rasa sedih pulak..lepas ni tak da lagilah meeting..rasa2 sunyi tak? Entah, tapi sekarang biasa ja..semester ni agak pack jadual kuliah..semakin mencabar..menuntut lebih banyak usaha..



-TINGKATKAN DIRI, PENUHI MOTIVASI, HIDUP PENUH APRESIASI-

Innallaha ma'ana wa kafa billahi syahida...