Salam dunia...

Sunday, March 25, 2012

Kan ku Cuba...

Bismillahirrahmanirrahim...
Sememangnya, hidup ini penuh dengan cabaran.
Namun, nikmat Tuhan melebihi segalanya.

Akan ku cuba dan terus mencuba.
Kerana Allah sentiasa ada.
Terima kasih Ya Rabb.

Friday, February 17, 2012

Terima Kasih Mama...

Kasih Mama Yang Tiada Akhirnya…

Bismillahhirrahmanirrahim…Assalamu’alaikum.
Sudah lama ruangan ini tidak disentuh oleh jari jemariku. Masa pemberian daripadaNya cuba ku guna sebaik mungkin..Benar masa itu EMAS dan ia tidak mungkin kembali. Namun, harapan pada Allah sentiasa aku panjatkan tanda lemah dan kerdilnya aku sebagai hamba dan betapa perlunya aku pada Rabb ku.

Ya Allah,
Dalam melalui hidup ini,
Kau telah anugerahi aku dua orang “Mama” kepadaku,
Kasih mereka ku rasa setiap saat dan masa,
Maha Penyayang dan Maha Pengasih Engkau padaku,
Dan aku mahu mencintaiMu untuk seluruh hayatku.
Bantu lah akan diri ini Ya Rabb.




Wahai mamaku, (Mamaku Sayang & Sayang Ma – nama yg save dlm fon)
Aku sangat mencintai, menyayangi dan merinduimu,
Insya Allah,
Akan ku cuba sedaya upaya untuk berbakti kepadamu.
Bait nasihatmu ku ingat sepanjang masa.

Ya Allah,
Merekalah permata hatiku,
Mudah-mudahan pertemuan ini akan berlanjutan ke syurgaMu.
Lakaran hidup yang Kau beri untukku ini sangat istimewa,
Syukurku pada Mu Ya Rabb.

Ya Allah,
Lindungilah, berkatilah, rahmatilah dan kasihilah kedua-dua mamaku ini,
Di saat aku jauh dari pandangan mereka,
Aku titipkan mereka agar sentiasa dalam penjagaanMu.
Ya Allah, Engkau Maha Hebat,
Terima Kasih kerna memilihku menjadi hambaMU..

Allahummakhtim ‘alaina bihhusnil khatimah wa la takhtim ‘alaina Ya Allah bi suil khatimah..Ameen Ya Rabb.

~Seperti mana kasihku pada kedua-dua mamaku ini, begitu juga lautan kasih sayangku kepada kedua-dua abahku, cukup Dia yang Tahu~

Friday, January 27, 2012

YA ALLAH… BERTABAHLAH HATI..

ALLAH ITU SENTIASA DI SISIMU

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Tiada yang lebih indah di dunia ini pabila urusan kita dengan Allah dapat kita sempurnakan cukup..
Tiada rasa yang lebih tenang pabila hati patuh dan tunduk bertemu dengan penciptaNya..
Allahu Akbar!!!

Segala yang bermula pasti akan ada akhirnya
Dalam derita akan ada bahagia yang akan tiba
Tiap pertemuan jua akan adanya perpisahan
Dan tiap yang hidup pasti punya akhirnya
Begitulah masa berlalu.

Ya Allah
Hamba terlalu banyak dosa padaMU
Dan aku ingin sentiasa kembali padaMU
Berilah hamba taufiq dan hidayahMU
Segala yang berlaku adalah kerana aku
Bukan salah mereka atau sesiapa.

Sekian kali aku bermuhasabah
Jawapan ku temukan
Rupa-rupanya belum cukup sempurna pengabdian diri ini padaMU.
Maafkan hamba Ya Ilahi.

Firman Allah, Surah Al-Baqarah, 2: 186
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila dia bermohon kepadaKu, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
~Maha Benarlah firman Allah~

Thursday, January 12, 2012

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un...

Hatiku milikNYA…


Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamu’alaikum buat seluruh sahabat, saudara, teman, dan rakan-rakan yang amat aku sayangi. Moga kalian sentiasa dalam rahmatNya..Amin.

Tatkala bahang “kepetahan” dunia makin terasa,
Manusia pula sibuk belumba-lumba,
Hati mula menjadi serba gelisah,
Kerana Dia engkau tinggalkan,
Siapakah Dia?
Dia lah, Allah Tuhan yang aku sembah dan sujud.

Ya Allah,
Hatiku milikMu,
Pimpinlah jalan hamba,
Agar tidak tersungkur,
Di keesokan hari.

Jutaan nikmatMu telah Kau beri,
Aku pula ingin memberikan hatiku padaMu,
Sedaya upaya aku usahakan untukMu ya Rabb.



Alam dunia yang kian menghambat,
Aku bimbang terjatuh,
Tapi, tatkala aku berikan hati ini padaMu,
Ternyata, Engkau berikan aku rasa bahagia,
Itulah yang aku rasa.

Telatah manusia..
Masya Allah, pelbagai aneka,
Begitulah rencah di atas kehidupan dunia.
Tapi, tatkala Kau berikan aku peluang untuk ingat padaMu,
Kau terus memberi kan aku daerah ketenangan.

Sungguh, Kau Maha Hebat Ya Rabb,
Izinkan aku untuk terus mencintaiMu hingga akhir hayatku,
Amin.

Monday, January 2, 2012

Kerana AKU APRIL…


Aku dilahirkan pada / wulidtu fi/ i was borned on :
12 APRIL 1989 = 6 RAMADHAN 1409H / RABU

- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.

Sangat aktif dan dinamik. Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. Sangat menarik dan pandai menjaga diri. Punya daya mental yang sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sangat diplomatik (pandai memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. Sangat berani dan tiada perasaan takut. Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Cuba kawal perasaan. Kecenderungan bersifat pendendam. Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yang sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. Berpenyakit disekitar kepala dan dada. Sangat cemburu dan terlalu cemburu

Ada beberapa perkara yg tepat dan kena pada diri dan ada yg tak…sekadar mengenali diri..kekurangan dan kelebihan yg ada pada diri kurniaan Ilahi..semakin aku kenal diri, semakin aku kenal Pencipta Diri,,,Dia Maha Hebat, Allahu Akbar!

Muhasabah Ana di Jendela 2012

“SEBAIK-BAIK TEMPAT KEMBALI IALAH DIA”

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum…

Ya Allah, biar namaMu dalam hatiku,
Ya Allah, segalanya ku sandarkan kepadaMu,
Langkah hidupku diteruskan sekuat dayaku,
Kerana aku tahu Engkau sentiasa disisiku,
Terima Kasih Allah.

Tatkala hati dipenuhi hiba,
SantunMu menyeri dunia,
KemurahanMu tiada terkira,
Itu lah bukti kasihMu, Kau beri tanpa berkira.

Ya Allah,
Ujian dunia ku tempuh,
Ku mohon taufiq dan hidayahMu,
Supaya tak rebah,
Tersungkur lemah,
Kerana matinya hati,
Lesunya jiwa,
Bisanya, mampu menggugat Iman di jiwa.

Ya Allah,
Aku ingin terus mengenaliMu,
Ujian dari Mu ingin ku sambut redha,
Kuatkan hamba Ya Rabb.

Ya Allah,
Suka dan duka,
Kejayaan dan kegagalan,
Kau berikan kepada sesiapa jua.

Bila rasa suka dan kejayaan Kau beri,
Manusia tersenyum ria.

Bila rasa duka dan kegagalan menghimpit diri,
Manusia mula hilang keyakinan diri.

Hamba perna h melewati situasi ini,
Ku pohon kekuatan dari Mu Ya Rabb,
Dan Kau berilah jua kekuatan kepada mereka
yang berada di sekelilingku.

Ya Allah,
Bicaraku di sini,
Engkau lebih tahu apa sebenarnya di hati,
Moga namaMu terus tersemat dalam diri,
Terima Kasih Ilahi.


~ LA ILAHA ILLA ANTA, SUBHANAKA, INNI KUNTU MANAZZOLIMIN ~
(TIADA TUHAN YANG KU SEMBAH MELAINKAN ENGKAU YA ALLAH, MAHA SUCIMU, SESUNGGUHNYA AKULAH YANG MANZALIMI DIRI SENDIRI)

Monday, December 26, 2011

Kembali...


Album : Far East
Munsyid : Far East

Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan

~SABAR ITU INDAH~ =)