Salam dunia...

Monday, December 26, 2011

Kembali...


Album : Far East
Munsyid : Far East

Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan

~SABAR ITU INDAH~ =)

Saturday, December 24, 2011

Bila Allah Memberi…


Bismillahirrahmanirrahim..Ya Allah, memang Engkau lah sebaik-baik Pemberi..
Ya Allah, Engkau jua lah yang Maha Mengetahui setiap kata yang terdetik dalam sanubariku ini…Hati kecilku terus membisikkan sesuatu..
Ya Allah, pabila Engkau hendak memberi apa jua kurniaanMu kepada hamba-hambaMu,
tiada siapa yang dapat menghalangMu,,Maha Suci Engkau yang mengaturkan segala-galanya…

Di saat Engkau mengurniakan CINTA...hidupku terasa cukup bahagia… kerana apa? Kerana cinta yang hadir itu hadir daripada CINTAMU yang bersifat MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG..terima kasih Ilahi…

Doaku agar aku terus MENCINTAIMU Ya Rabb..I LoVE YOU (ALLAH)..
Ya Allah, apa yang aku miliki hari ini..
Semuanya,segalanya daripadaMU…
Izinkan aku untuk terus mencintaiMu wahai Rabb..
Izinkan aku untuk terus meratib kasihMu..
Izinkan aku untuk terus meraih rinduMu..

JanjiMu sentiasa benar..
Innaka la tukhliful mii’ad..
Aku yakin pada setiap kalamMu dalam “ayat-ayat cintaMu”
Hikmah tersingkap dalam setiap ceritera manusia..
Ini lah bukti kebesaran dan kemurahanMu..

Ya Allah,
Semalam, hari ini dan esok,
Segala-galanya punya kisah dan rencana yang telah Engkau rancangkan,
Semalam telah aku lalui
Hari ini telah aku redahi
DAN
Esok akan ku harungi..
Mudah-mudahan semuanya lebih baik.
AMEEN…


“ Kasihilah yang di bumi, niscaya yang di langit akan mengasihimu. ”
( HR. Tirmidzi ) - =)

Thursday, November 24, 2011

" Bisikan Hati Kechil "


Bismillahirrahmanirrahim..

Sunyi malam terus-menerus menyelubungi
Tatkala dingin sejuk memeluk diri
Jari jemari terasa ingin menulis di sini
Hampir sekian lama AnaKhalifatullah menyepikan diri..

Kerana apa?
Kerana teriakan waktu yang kian menghambat
Tak terkejar dek masa.

Syukur, Alhamdulillah..
AnaKhalifatullah cuba berada di ruang hasil rekayasa ini..

Alhamdulillahillazi bini’matihi, tatimmus solihat
(segala puji bagi Allah Pencipta kita yang dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahimnya.. sungguh ternyata segala bukti pemberi jutaan nikmat..jua Yang Maha Menyempurnakan segala kebaikan)

Subhnallah..terasa benar belaian kasih sayangNya..cukup aku rasai..zikir dan fikir..pasti jawapan ditemui.

Terima Kasih Ya Allah.

Saturday, April 16, 2011

Rindunya Hati..

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum.

Rindunya hati, pada siapa?
Allah, RasulNya, keluarga dan mereka yang kita sayangi.

Alhamdulillah, Praktikum Pertama telah pun selesai, banyak pengalaman, kisah dan cerita mencuit hati. Begitulah ketika melewati kehidupan di sekolah..kini, kembali meneruskan pengajian dalam memburu impian menjadi seorang guru.


~ SK SERDANG ~
Suka pada kata2 ini : "MIMPI AKU ITU MENJADI GURU"...emm, tugas seorang guru sangat mulia, AMANAH yang dipikul bukan sekadar seorang guru biasa, malah ia menjadi saham dunia akhirat..RASULULLAH SAW, Baginda merupakan murabbi terbaik dalam segenap aspek..ayuh, kita teladani!

"Dan bersabarlah engkau (Muhammad)bersama orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaanNya..." Surah Al-Kahfi,18:28

Sebulan berlalu, praktikum I melabuhkan tirainya..merasa jugak tak tido malam..TARBIAH Ilahi..bukan mudah menjadi guru,,segala-galanya perlu dilakukan sebaik mungkin demi anak2 murid di sekolah..yang bakal memimpin dunia kelak.

Syukur, Dia masih memberikan peluang kpd aku untuk bertemu dan bermunajat padaNya..manis pertemuan itu..tiada sebarang kata yang dapat ku ungkap, melainkan diri sendiri yang melakukannya..mudah2an terus istiqomah..(INGATAN BUAT DIRI).


"I'm Coming Home..." Rindu pulak kt kampung..Tapi, Dia belum izinkan aku untuk pulang..Ya, tabahkan hati! Walau jauh, mereka tetap di hati..HATI kurnia Ilahi, Rindu nikmat sejati,,,kerana itu fitrah diri..

~RUMAHKU, SYURGAKU~

Pada Allah jangan dilupai
RasulNya sentiasa kita cintai
Keluarga tmpat aku berkongsi cerita hati

Beginilah hidup seorang anak perantau...caiyok2x!

ALLAH MAHA TAHU, CERITAKANLAH SEGALA PADANYA...

Saturday, April 2, 2011

Edisi Praktikum...



Alhamdulillah, syukur pada Ilahi kerna masih diberi kesihatan yang baik dan qudrat untuk terus menghirup udaraNya. Nikmat IMAN yang mengiringi setiap nadi kehidupan, itulah perisai peribadi..Mudah-mudahan kita terus dianugerahi keimanan yang kuat dan ampuh.Amin..

Mendepani arus kehidupan yang semakin mencabar, dihadapan masih terlalu banyak kisah dan pengalaman hidup yang belum diselami..dibelakang pula terdapat 1001 pengajaran dan 'ibrah yang perlu dikenali..masa yang terus berlalu pergi, begitu juga kita terus mendayung denai kehidupan yang entah mana penghujungnya..betapa kehidupan menuntut pejuangan..ya, PERJUANGAN.

Merasai diri sentiasa bersama dengan Allah (ma'iyyatullah)..Aman, tenang,syahdu, rindu, hiba, suka, manis..begitu Dia menguji hamba-hambaNya, siapa bersama Allah pasti tidak sesat dan kehilangan, tetapi bila mana Allah tidak bersama dirinya, merugilah diri..(fikirkan).

Praktikum sudah hampir 2 minggu..akhirnya dapat jua merasai pengalaman senior2ku..agak mencabar..saat di"observe",, detik berhadapan anak murid yang selalunya aku gemar bergurau senda bersama insan ini, tetapi bila di kelas kena jadi CIKGU/USTAZAH yang straight and serious..kata cikgu2 sekolah "Jangan bagi muka kat anak2 murid.." emm, begitulah kisahnya..Memang payah jugak, semampu daya aku gagahi..apa pun, praktikum tetap BEST!

Alhamdulillah, walau merasai penat yang kadang2 tak terdaya ditempuhi, namun mengenangkan anak2 muridku yang begitu kechil(comelnya!) dan sangat memerlukan, buat aku kembali semangat..hidup terasa ceria..

Siapa kita? tentulah hambaNya..yang punya sifat lemah dan gelisah bila ditimpa musibah..namun, adanya Allah yang sentiasa mendengar rayuan hambaNya, bertuah sungguh kita menjadi hambaNya..KasihNya dirasai setiap detik dan waktu, adilNya melingkari setiap masa..begitu hebat Allah. Ya, Allah Maha Hebat!


TENANGKAN DIRI, LAPANGKAN HATI, DOA TERUS MENGIRINGI, TAWAKKAL ITU PASTI!

Friday, February 4, 2011

KasihMU Amanahku...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum duhai diri dan seluruh teman-teman,

Betapa banyak pemberian Dia pada aku dan kamu..bila difikir dan dihitung, sama sekali tidak sama dengan apa yang yg aku lakukan untukNya..Ya, kewajipan yang ada itu lebih banyak dari waktu yang ada..siapa yang mengucapkan kata2 ini? lupa lagi....

Ku doakan hidup kalian terus mekar dalam jalur DAKWAH dan dunia TARBIAH
Meniti hari juga boleh dianalogikan bagai meniti titi yang kecil yang panjang lagi dalam..kalau tak berhati-hati bisa saja kita jatuh tersungkur...tapi, kalau sentiasa berwaspada ditambah doa yang tidak putus2 padaNYa, kemenangan pasti dicapai..

Ya, KASIH pemberianNya sebuah amanah buat diri..untuk aku alirkan kepada seluruh insan dipermukiman BUMI ini..bukan semata-mata buat diri..

Ya Allah, mudah-mudahan bantuanMu sentaisa mengiringi jalanan hidup hamba ini dan pejuang2 Islam, saudara2 Islamku di mana jua mereka berada..sungguh, telah jelas kepahlawanan mereka berbanding aku..Aminn.


















~ mengenang nikmat Ilahi yang cukup2 banyak..siapa kita? hanya insan biasa, yang masih bisa berusaha ~

Saturday, January 8, 2011

Tenang & Gelisah

Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud: " Mintalah fatwa (nasihat) pada hati mu, kebaikan adalah sesuatu yg membuatmu tenang, dan keburukan adalah sesuatu yg membuat hati gelisah." (Riwayat Ahmad dan al-Darimi)

-Tenang itu selalu dikaitkan dengan sifat orang yang beriman - Moga kita sentiasa tenang melalui kembara kehidupan ini..
-Gelisah membuat jiwa rasa duka dan hiba - Maka harus diubati dengan rasa tenang-

Maka,marilah kita berzikir mengingati Allah, nescaya hatimu tenang walau 1001 masalah mendatang..

Amin..


Senyum itu penawar suka dan duka, senyum menjadikan hatimu gembira..Tersenyumlah =)

Sunday, January 2, 2011

Segala-galanya punya maksud...

Imam Al-Ghazali :" Yang jauh itu WAKTU, yang dekat itu MATI, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang mudah itu BERBUAT DOSA, yang panjang itu AMAL SOLEH dan yang indah itu SALING BERMAAFAN "
1432HIJRAH & 2011MASIHI…

Bismillahirrahmanirrahim…
Coretan ini ku mulakan dengan kalimah suci yang dengannya aku bermohon setiap gerak langkah kerjaku dan teman-temanku sekalian beroleh petunjuk daripadaNya..
Alhamdulillah, Maha Suci Allah kerna Dia masih memanjangkan usia hamba-hambaNya.. Namun,jangan kita lupa kepada sebuah KEMATIAN, yang pastinya ia suatu kepastian..Ku tanya pada diri siap sediakah segalanya ?? Hatiku menjawab, “Ya Rabb, sungguh hamba Mu ini masih belum bersedia, lantaran kurangnya amal hamba..Maafkan hamba Ya Ilahi…”

Kini,
1432 Hijri,
2011 Masihi sudah menjelang kini,
Dihitung, dikira, dan difahami,
Apakah aku telah sempurna mengenal diri ??

Emmm,,, masih terlalu banyak yang perlu diselami dan diterokai..dan aku memerlukan masa untuk menghadapi semua ini. Daripada hidup ini, pastinya banyak peekara yang ditempuhii..UJIAN hidup yang muncul setiap hari perlu diatasi sematang usia diri..

Moga hidup kita terus diberi kekuatan dari Allah S.W.T,,Amin Ya Rabb.



"THANKS ALLAH FOR EVERYTHING"