Salam dunia...

Showing posts with label Tintaku... Show all posts
Showing posts with label Tintaku... Show all posts

Friday, February 4, 2011

KasihMU Amanahku...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum duhai diri dan seluruh teman-teman,

Betapa banyak pemberian Dia pada aku dan kamu..bila difikir dan dihitung, sama sekali tidak sama dengan apa yang yg aku lakukan untukNya..Ya, kewajipan yang ada itu lebih banyak dari waktu yang ada..siapa yang mengucapkan kata2 ini? lupa lagi....

Ku doakan hidup kalian terus mekar dalam jalur DAKWAH dan dunia TARBIAH
Meniti hari juga boleh dianalogikan bagai meniti titi yang kecil yang panjang lagi dalam..kalau tak berhati-hati bisa saja kita jatuh tersungkur...tapi, kalau sentiasa berwaspada ditambah doa yang tidak putus2 padaNYa, kemenangan pasti dicapai..

Ya, KASIH pemberianNya sebuah amanah buat diri..untuk aku alirkan kepada seluruh insan dipermukiman BUMI ini..bukan semata-mata buat diri..

Ya Allah, mudah-mudahan bantuanMu sentaisa mengiringi jalanan hidup hamba ini dan pejuang2 Islam, saudara2 Islamku di mana jua mereka berada..sungguh, telah jelas kepahlawanan mereka berbanding aku..Aminn.


















~ mengenang nikmat Ilahi yang cukup2 banyak..siapa kita? hanya insan biasa, yang masih bisa berusaha ~

Saturday, April 10, 2010

CeTusan Qalbi..




Bismillahirrahmanirrahim..Syukur,alhamdulillah..akhirnya dapat jugak AnaKhalifatullah
kembali ke ruangan ini. Begitulah detik masa berlalu..memberi tahu kita bahawa masa berlalu dan pergi dengan pantas sekali..kini sudah pun bulan APRIL..cepat betul!


Pelbagai perkara dan peristiwa yang telah berlaku..haza dunya (inilah dunia)..Di dunia ini kita melihat pelbagai perkara telah pun berlaku..masalah ekonomi,sosial,politik dan mcm2 lg..namun, di sebalik semua itu tersingkap plbg pengajaran yang patut diambil pengajarannya..kerna kita punya kepercayaan yang kuat, (segala ciptaan Allah itu ada tujuannya)..dan setiap apa yang ditetapkan Allah ke atas ummatnya itu, adalah bersesuaian dengan kemampuan..Subhanallah, Sungguh Allah Maha Adil..tetapi kadang2 manusia suka benar merungut itu dan ini..

"LANGIT ILAHI..Tuhan Tidak Pernah Lupakan Kita..", hari ini kita masih berteduh pada langitNya tanpa sedikit bayaran pun..NAFAS kita juga tiada bayaran daripadaNya kepada kita..Sungguh, Dia Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..tidakkah kita mahu berfikir soal ini..?

Aku mahu berusaha untuk mengenaliNya..moga kalian jua begitu..percayalah ISLAM ITU INDAH..insya Allah, aku juga sangat percaya pada kata2 ini..mudah-mudahan kita dari kalangan HUSNUL KHATIMAH..Ameen..