Salam dunia...

Monday, December 26, 2011

Kembali...


Album : Far East
Munsyid : Far East

Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan

~SABAR ITU INDAH~ =)

Saturday, December 24, 2011

Bila Allah Memberi…


Bismillahirrahmanirrahim..Ya Allah, memang Engkau lah sebaik-baik Pemberi..
Ya Allah, Engkau jua lah yang Maha Mengetahui setiap kata yang terdetik dalam sanubariku ini…Hati kecilku terus membisikkan sesuatu..
Ya Allah, pabila Engkau hendak memberi apa jua kurniaanMu kepada hamba-hambaMu,
tiada siapa yang dapat menghalangMu,,Maha Suci Engkau yang mengaturkan segala-galanya…

Di saat Engkau mengurniakan CINTA...hidupku terasa cukup bahagia… kerana apa? Kerana cinta yang hadir itu hadir daripada CINTAMU yang bersifat MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG..terima kasih Ilahi…

Doaku agar aku terus MENCINTAIMU Ya Rabb..I LoVE YOU (ALLAH)..
Ya Allah, apa yang aku miliki hari ini..
Semuanya,segalanya daripadaMU…
Izinkan aku untuk terus mencintaiMu wahai Rabb..
Izinkan aku untuk terus meratib kasihMu..
Izinkan aku untuk terus meraih rinduMu..

JanjiMu sentiasa benar..
Innaka la tukhliful mii’ad..
Aku yakin pada setiap kalamMu dalam “ayat-ayat cintaMu”
Hikmah tersingkap dalam setiap ceritera manusia..
Ini lah bukti kebesaran dan kemurahanMu..

Ya Allah,
Semalam, hari ini dan esok,
Segala-galanya punya kisah dan rencana yang telah Engkau rancangkan,
Semalam telah aku lalui
Hari ini telah aku redahi
DAN
Esok akan ku harungi..
Mudah-mudahan semuanya lebih baik.
AMEEN…


“ Kasihilah yang di bumi, niscaya yang di langit akan mengasihimu. ”
( HR. Tirmidzi ) - =)