Salam dunia...

Sunday, December 27, 2009

...BicAra QaLBu...


Sabar itu indah
Senyum itu bahagia
Tangisan itu kadang-kadang suka
Dan kadang-kadang duka
Inilah sebuah citra dunia.

Rindu itu anugerahNya
Dunia itu hanya sementara
Tapi, di sini hidup bermula
Sebelum berhijrah ke "daerah sana”.

Dakwah itu usaha mulia
Supaya Islam tersebar ke serata dunia
Usrah sebagai pintu utama
Tarbiah Ilahi manis tiada terkata.

Jihad itu pintu perjuangan
Usaha itu tangga kejayaan
Doa senjata mukmin jangan sesekali ditinggalkan.
Tawakkal itu tanda redha hati insan.


-Teruskan usaha…teruskan bersemangat…lakukan perubahan-

Dibalik Kehidupan insan bernama Muhammad SAW

Bismillahhirrahmanirrahim..Assalamualaikum kepada seluruh sahabat perjuangan dan pendokong gagasan Islam tercinta..AnaKhalifatullah nak berkongsi sedikit tentang sebuah risalah ringkas yang membicarakan kehidupan Nabi Muhammad SAW yang amat kita junjungi..hebat pekerti Baginda..Subhanallah..
Moh ler, kita sama2 renungi..
Moga-moga cinta kita terhadap Baginda Junjungan yang Tercinta Muhammad SAW kian bertambah hari ke hari..



Kalau ada pakaian yang koyak,
Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.

Beliau juga memerah susu kambing
untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah,
bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan,
sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina 'Aisyah menceritakan:
”Kalau Nabi berada di rumah,
beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

Jika mendengar azan,
beliau cepat-cepat berangkat ke masjid,
dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi.
Tentulah baginda amat lapar waktu itu.
Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.
Yang mentah pun tidak ada karena Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya,
"Belum ada sarapan ya Khumaira?"
(Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang berarti 'Wahai yang kemerah-merahan')

Aisyah menjawab dengan agak serba salah,
"Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata,
”Kalau begitu aku puasa saja hari ini."
tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Pernah baginda bersabda,
"sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda sebagai
kepala keluarga.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.
Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah selesai bersembahyang :


"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar"
"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh,
kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan?
Kami yakin engkau sedang sakit..."
desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya.
Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut,
”Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan
di sebelah seorang tua
yang penuh kudis, miskin dan kotor.

Hanya diam dan bersabar
bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.

Dan dengan penuh rasa kehambaan
baginda membasuh tempat yang dikencingi si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt
dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah saw
menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain,
ketika di depan umum maupun dalam keseorangan.

Ketika pintu Syurga telah terbuka,
seluas-luasnya untuk baginda,
baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah,
hingga pernah baginda terjatuh,
lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
Fisiknya sudah tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya yang tinggi.

Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah,
"Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab baginda dengan lunak,
"Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Rasulullah s. a. w. bersabda,
"Sampaikan pesanku walau sepotong ayat"



Indah akhlaknya tiada tandingan
Menyuntik semangat setiap insan
Lembut budimu menyentuh perasaan
Dia Muhammad SAW tokoh sepanjang zaman.

Thursday, December 24, 2009

SEBUAH MUNAJAT..

Usai sarapan, rasa tak tau nak buat apa..jadi, AnaKhalifatullah buka laptop dan tengok apa-apa yang patut..tadi waktu sarapan bukak Radio IKIM Pilihan Utama di frekuensi 89.00fm (Perlis,Kedah dan P.Pinang) dan terdengar sebuah lagu nasyid tentang hajat. Antara bait-bait liriknya macam ni,

“Marilah berhajat
Agar apa yang dimunajat
Membawa kita lebih dekat
Pada cintaNya…”

Ya, sebagai manusia yang bersifat lemah aku juga tidak pernah lari daripada merintih hajat memohon pada Dia (Allah)…kerana Allah Maha Mendengar. Seorang sahabatku pernah berkata,”kalau bercerita dengan manusia ni mungkin mereka hanya buat-buat dengar. Tapi kalau bercerita dengan Allah, Dia pasti mendengar… emm, betul ! aku sangat bersetuju..

“Ceritakan segalanya pada Allah
Dalam sujudmu..”

Firman Allah dalam Surah Fatir,35:15 yang bermaksud :
“Wahai manusia!kamulah yang memerlukan Allah; dan Allah Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dan Maha Terpuji.”

Ya, aku sentiasa memerlukan Dia..

Semasa sujud, itulah saatnya seorang hamba paling hampir dengan Pencipta Dirinya ..kita rebahkan diri, menunduk patuh untuk bermohon padaNya..di situ aku temui sebuah kedamaian hati dan rinduku memuncak padaNya..

Tiba-tiba,
Mengalir deras mutiara-mutiara
Air mata

Sungguh,
Aku insan penuh debu-debu dosa
Adakala berbuat amal
Dan
Ada ketika maksiat dan dosa berleluasa
Masya Allah!!
Zalimnya aku pada diri…
Astaghfirullahal ‘azim
Ampunilah hamba Ya Allah.

Namun, ingatlah diri. Pergunakanlah kesempatan yang masih ada untuk membina benteng-benteng dan tugu teguh untuk dirimu sendiri.

Di sana amalmu yang memeliharamu..
Ibu dan ayah, Sahabat dan teman
Tak dapat membantu
Segala-galanya adalah amalmu.

Kita sangat bertuah
Allah bersifat Maha Pengampun dan Maha Penyayang
Indah sungguh bukan
Subhanallah!!
Tapi, kalau kita berpaling
Kitalah insan rugi.

Jadi,
Ayuh semua kita bangun
Berhijrah membina diri dan mengenal Pencipta Diri
Moga-moga sinar baru kita temui.
Dalam usaha membina jati diri
Sebelum berhijrah ke negeri Abadi.

Ameen.

Tuesday, December 22, 2009

Aku bermabit di Bumi Allah..

Sabda Rasulullah SAW::
Sabda Rasulullah SAW "Jagalah Allah, maka Dia akan menjagamu.Jagalah Allah,kau akan menemui-Nya selalu dihadapanmu.Apabila kau meminta,mintalah pada Allah.Apabila kau memohon pertolongan,mohonlah pada-Nya.Ketahuilah,sekiranya semua umat bersatu padu untuk memberi manfaat kepadamu,mereka tidak lakukan sedikitpun kecuali yang sudah ditentukan oleh Allah untukmu.Jika mereka bersatu padu untuk menimpakan bahaya kepadamu,mereka takkan dapat lakukan sedikitpun kecuali sudah ditentukan Allah untukmu.Pena-pena (yang digunakan untuk menuliskan buku taqdir) telah diangkat dan lembaran-lembarannya sudah kering.."-Riwayat Turmudzi@Tirmidzi.

Sayyid Qutb berkata:
‘…itulah jiwa yang kosong
yang tidak pernah mengenal
makna serius.
Ia berharap semuanya mudah
Meski menghadapi bahaya yang mengintai…’


Wahai diri,
Hidup ini perlu hala tuju yang jelas
Dan tahu ke mana arahmu
Allah mencipta kita sebagai hambaNya
Juga sebagai khalifahNya.

Allah mengiktiraf kita melalui firmanNya
“Sungguh, Kami telah menciptakan manusia
dalam bentuk sebaik-baiknya – Surah Al-Tin,95:4 ”

dan Allah juga berfirman dalam Surat Cintanya (al-Quranul Karim)
“kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia (kerana kamu) menyuruh (berbuat)yang makruf
dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah..
(Surah Al-Imran,3:110)

Ya Allah, mudah-mudahan jiwa ini ikhlas beribadah keranaMu
Dan segala-galanya adalah keranaMu, Ya Allah.Ameen…


“Duhai insan..
Ingatlah kamu
Hidup dunia tiada abadi..
Sebelum terlambat.. sedarlah diri
Buatlah amal sebelum mati..”- pesanan buat diri

TaRiaN TiNtA kU..




Dia lah Allah..Ar-Rahman
Dia lah Allah..Ar-Rahim

Dia lah Allah..al-Muhaimin
Dia lah Allah..al-Latif

Ya Allah..Ya Rahman,
Hatiku dipenuhi rasa bahagia
Tatkala kau berada di HATI,
Sungguh,
Tiada tandingan lain
yang lebih hebat dariMu..

Ya Allah..Ya Rahim,
Hanya Engkaulah yang memiliki seluruh kesempurnaan
Engkau jualah yang miliki sepenuhnya kekuasaan

Ya Allah..Ya Muhaimin ,
Bantulah hamba dalam mengawasi diri ini
Maafi hamba ya Rabbi.




Ya Allah..Ya latif,
Hari ini,
Kau hulurkan aku kebahagiaan
Dan kadang-kadang ujian Kau berikan
Dan aku tahu
Kau sayang padaku dan seluruh hamba-hambaMu.

Ya Allah..Ya ‘Azim,
Ku tahu hidup ini bukan mudah
Aku mesti terus berjuang
Dan tabah menghadapi mehnah mendatang

Ya Allah..Ya Sami’ ,
Kau maqbulkan doaku tatkala aku minta dariMu
Sungguh aku merasai kasih dan cintaMu
Dan aku mahu terus meraih CintaMu.
Moga Kau maqbulkan doaku.

Ameen Ya Rabbal ‘Alamin.

Monday, December 21, 2009

Wanita Ibarat Pohon Semalu


Pokok Semalu sejenis tumbuhan liar yang mengecut apabila disentuh. Kita biasa memanggilnya sebagai pokok semalu.Bagi masyarakat sebelah utara,ia lebih dikenali sebagai duri keman.Pokok yang nama saintifiknya mimosa pudica ini amat mudah dikenali.Tandanya ialah apabila disentuh,ia akan mengecut.

Ia punya perkaitan dengan diri wanita:

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.ha. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi.
Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.
Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Pantang disentuh, pasti menunduk sopan TETAPI durinya tetap tajam berceracakan.

Pohon semalu, memang pemalu! Sifat malu, lambang keindahan dan kemuliaan wanita bermaruah.

Malu juga melambangkan nilai keimanan dan kesusilaan. Sabda Rasulullah SAW :
" Malu & iman itu adalah teman seiring jalan. Jika yang satu diangkat nescaya terangkat pula yang satu lagi. "

Bagi si pohon semalu, bersama sifat malunya, ada duri yang tajam berbisa. Duri itu simbolik untuk sebuah perjuangan yang lahir daripada iman. Duri itu ibarat senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada. Itulah senjata buat seorang mujahidah.

Pohon semalu juga mengeluarkan bunga ungu yang cantik. Begitulah juga wawasan seorang mujahidah, dia ingin menghiasi alam dengan haruman bunga-bungaan akhlak yang cantik menawan.

Selain itu, dedaun yang menghijau pada pohon semalu sangat erat pertaliannya antara satu sama lain. Apabila sehelai daun disentuh, daun-daun di tepinya turut tertutup malu. Tindak balas daun-daun itu lambang kepada kasih sayang dan persaudaraan. Begitulah seorang mujahidah, dia perlu memandang semua orang dengan kaca mata dakwah untuk membawa seseorang itu mencintai ALLAH SWT dan Rasul-Nya.
(sumber:emel)

Ayuh,kita sama-sama berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran..insya Allah akan lahir Muslimah Solehah..Ameen.

Wassalam..

Thursday, December 17, 2009

We MET @ conference



Emm,,petang itu masa ku berlalu penuh manfaat..Alhamdulillah sempat berbincang dengan sahabat2 ku tentang tema Maal Hijrah tahun ni sekaligus tentang peristiwa HIJRAH. Allah pertemukan kami melalui usrah online ni..hehe
Di sini AnaKhalifatullah nak kongsi sikit tentang perbualan kami..

Akh 1: Asslamualaukum semua
Ukht 1: wa'alaikusalam wbt
Akh 2: assalamu'alaikum
Ukht 2: waalaikumussalam=0
Akh 3: wassalam
Akh 1: Ok..kita mulakan dulu dgn Alfatihah
Ukht 2: hope semua dlm lindungn n rahmat Allah..akh 1,,pe tjuk usrah
kiter
Ukht 1: ok2..apa tajuk hr ni?
Akh 1: Ok,.tajuk hari ni
Akh 1: adalah
Akh 1: TEma Maal Hijrah tahun ni........
Akh 1: spe tau angkat jari...........
Ukht 3: owh..
Ukht 1: memperkasa memartabat ummah
Akh 1: tak lengkap
Akh 1: sape nk lengkapkan ayat td
Ukht 1: tak ingt sa2 prktaan
Akh 3: ala, susah2
Akh 2: ermm.. xdpt lg nih..
Ukht 3: memperkasa martabat ummah satu malaysia
Ukht 3: hehe
Akh 1: Ye ke ni ?
Akh 1: mcm salah je
Ukht 2: em,,xhengat la,,,
Akh 1: MENGERAT UKHUWAH,MEMBANGUN UMMAH
Akh 1: tu tema maal Hijarah utk kebangssaan n semua negeri tahu ni
Ukht 3: owh
Akh 1: So tajuk hari ni kita akan bahaskan ttg Hijrah n tema tu
Akh 1: sape tau dalil Hijrah??..dalil Naqli
Akh 2: bukak matan arba'ein annawawiyyah.. hadis pertama..ada menyatakan
ttg hijrah..secara umum..
Akh 1: btul,Hijrah wjib ikhlaskan diri
Akh 1: Slm..tadi ayat tema tu salah sikit,"Memantap Ukhuwah,Memperkasa
Ummah"
Ukht 1: yg jumpa ayat da perkataan hijrah ada..2:218
Akh 1: Ahah....tu la dalilnya n byak sbnrnya perkataan Hijrah ni dicombinekan
dgn printah jhad
Akh 2: hijrah n jihad nie kena seiringan.. nk berubah kena byk bekorban..
Ukht 3: tp ramai yg nk berhjrah tp xnk berkorban
Akh 1: Those who believed and those who suffered exile and fought (and strove and struggled) in the path of Allah,- they have the hope of the Mercy of Allah. And Allah is Oft-forgiving, Most Merciful.
Akh 1: ana stuju Ukht 3
Akh 2: Ukht 3,nte muhaaqqah..
Akh 2: manusia sekarang byk mengamalkan ajaran ahli kitab dulu..
Akh 1: Sbb tu Allah menceritakn dlm al-quran Allah mencela manusia yg takut
utk berkorban demi hijrah
Ukht 3: sbb tue kte xmencapai sasaran tema hijrah setiap tahun
Akh 1: Skgh ni sape boleh bagi hikmah hijrah dari sirah
Ukht 1: ringan atau berat mesti dilaksana..
Akh 2: apa2 prinsip dlm ibadat di dlm Islam adalh niat yg pertamanya..
Akh 1: kalo kita lihat Ukhwah yg ditunjukkan Abu Bakar kpd nabi dlm
Hijrah..so skg rasanya ade tak ukhwah mcm tu?
Akh 1: Especilly pristiwa Gua Thur
Akh 2: jadi kena lihat apa yg berlaku dari bermulanya perancangan nabi & para
sahabat tuk berhijrah hingga r kepada peristiwa hijrah berlaku..
Akh 1: kalo kite sggup tak jaga rkn2 mcm Abu Bakar jage nabi
Akh 2: nk memahami,boleh rujuk kitab bidayatul hidayah karangan Imam al-
Ghazali.. ada dlm tu tajuk adab2 bersahabat..
Akh 1: slain tu kalo kita lihat prbahsan Hijrah ,dlm Islam ade 3 Hujrah yg utama
Hijrah Ke Taif, Hijrah ke Madinah
Akh 2: cuba kita adaptasikan peristiwa hijrah nabi saw & para sahabat ra hum
dlm situasi kita sekarang..
Akh 1: n satu lagi Hijrah ke Habshah
Akh 2: contohnya..rasa hammasah (bersemangat) & juhud (kegigihan) para
sahabat dlm merancang ekspidisi hijrah nie..: tambahan dgn hikmah(keilmuan) yg ada pd nabi & para sahabat.. ada pepatah arab kata: "hammasatus syabab wa hikmatus syuyukh.."
Ukht 1: memang hebat kisah Rsullah dan para sahabat
Ukht 2: kiter masih g jauh ngn segala yg Rasulullah ajarkan
Akh 2: pesan tok guru ana,kalu nk berjaya dlm dakwah,mmg wajib ke atas kita
tuk menghayati sirah Nabi & para sahabat..
Akh 1: BtulX3
Ukht 2: sy sokong,,,, harap,,sedikit sebnyak mencntohi,,sifat baginda
Akh 2: hakikat sebeno yg ada sekarang sebagaimana sabdaan nabi,ulama' nie
sekarang da mcm3 jenis.. sedar x kita nie dikatogerikan sbg ulama'..sbb
kita Allah anugerahkan peluang tuk mendalami Islam..
Akh 1:skg, ana nk resolusi sikit dari prbncagn hari ni bereknaan Hijrah..so
sape2 ni ade resolusi tak yg boleh kita buat smnan Hijhrah ni
Ukht 1: bg ana, hijrah adalah sunnah nabi yg boleh kita teladani.. biar sikit..tapi
mesti buat
Ukht 2: nk berhijrah mula dr dlm diri,,
Akh 2: hijrah tu wajib ke atas semua muslim tuk menjadi " i'm da best muslim"..
perlu dirasai dgn hati, perlu dis edari dgn akal dan perlu diaplikasi dgn
amal perbuatan..
Akh 2:ibda' bi nafsik fa huwa khair (al-hadith).."mulalah bgn dirimu,kerna
itulah yg terbaek"
Akh 1: teruskan memberiTAHU dan memberMAHU kefahaman Islam pada
suma insan..
Akh 1: Ok..utk last skali,tutp majlis dgn Tasbih kafarah n suratul Asr
Akh 1: Syukran ye semua atss Usrah hari ni
Ukht 1: afwan
Akh 2: ihfazillah yahfazuk.. innallaha ma'ana..
Akh 1: Wasalamualaikum,warahmatullahiwabarakatuh

SALAM MAAL HIJRAH 1431

"Memantap Ukhuwah,Memperkasa Ummah"

Bismillahirrahmanirrahim…Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani dan selawat serta salam ke atas Nabiyyina Muhammad al-Mustafa S.A.W.

Alhamdulillah, syukur ke hadratNya, kerna hamba masih diberi peluang untuk berbicara di sudut ini..hari ini banyak benda yang bermain di kotak fikiranku.. tentang diri dan sempat “mengembara” di dunia khayalan..mungkin jugak satu impian yang mahu didakap erat..digenggam seampuh daya..

Hari demi hari berlalu..masa juga begitu..ia berlalu meninggalkan kita tanpa izin dan salam. Akhirnya, hari baru tiba dan menyapa pagi kita..
Insya Allah, kita bakal melangkah ke Tahun Baru Hijrah 1431 H..meninggalkan 1430H..

“Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah”

Itulah tema Ma’al Hijrah tahun ini. Sedap bunyinya..kalau ia menjadi kenyataan, pasti umat Islam hari ini akan menjadi sehebat ummat dahulu..UKUWAHNYA cukup ampuh, maka lahirlah ummah/masyarakat yang perkasa juga luar biasa.. Begitulah yang ku peroleh tatkala sempat menelusuri dan menyingkapi kisah umat terdahulu (kisah HIJRAH)..semangatnya tinggi menjangkau setinggi langit dan seluas lautan..Tapi, apakah aku juga memiliki semangat seumpama ini..? Ayuh fikir, fikirlah..

Kalau fikirkan kelemahan diri, memang sampai sudah pun tak akan habis..jadi aku perlu berHIJRAH..ya HIJRAH..

Qisah Hijrah Nabi Muhammad SAW dan para Muhajirin dari Makkah ke Madinah yang dibantu kaum Ansar di Makkah, akan segera kita dengar di corong-corong radio, televisyen, ceramah agama di masjid dan surau..ia adalah untuk memperingatkan kita tentang sebuah kisah agung yang membawa perubahan besar ke atas umat Islam dan agama Islam..sehingga kita juga bernafas dalam nikmat Islam ini..Subhanallah..inilah suatu usaha yang dilakukan dahulu dan kini kita mengecapinya dan mewarisinya..ISLAM & IMAN..

Ayuh, kita sama-sama singkap, lihat (melalui mata hati) dan renungi qisah Hijrah ini..mudah-mudahan dapat memberi aspirasi kepada diri yang masih bernyawa ini..supaya tak menyesal keesokan hari,,jom :

Dengan perintah Allah, Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Yathrib (Madinah). Baginda menyuruh Saidina Ali Karamallahhu wajhah untuk tidur di pembaringannya ketika pemuda-pemuda Quraisy mengepung rumah Baginda sebagai strategi mengelabui mata pihak lawan..Baginda berjaya keluar dari rumah tanpa disedari Quraisy..terus menuju ke rumah Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan menembus kegelapan malam dan bersama-sama menuju ke Gua Thur..berada di sana selama 3 malam..Saidina Abu Bakar merupakan sahabat yang sangat menyayangi sahabatnya..berkorban melindungi Nabi dan Rasul Yang Mulia Muhammad SAW yang begitu dicintainya.Menitis air mata menahan kesakitan. Asalkan Nabi selamat.. Sedar Nabi dari tidurnya, dek merasai air mata sahabat yang jatuh..begitulah hebat pengorbanan seorang sahabat yang tiada bandingannya…



Pemuda yang bernama Amir bin Fukhairah ditugaskan untuk mengembalakan kambing di sekitar bukit, bertujuan menghapuskan jejak Nabi sekaligus menghantar susu kambing kepada Nabi SAW dan Saidina Abu Bakar RA.

Seorang gadis yang bernama Asma’ Binti Abu Bakar pula sanggup, mendaki bukit, untuk menghantar makanan kepada Sang Muhajir Agung dan sahabatnya.

Akhirnya, pada hari Khamis 12 Rabi’uwwal Rasulullah tiba di Madinah setelah menempuh perjalanan panjang selama 12 hari yang dipandu oleh Abdullah Bin Arqas..




**Begitulah sedikit ringkasan cerita mengenai peristiwa Hijrah.. Selebihnya boleh la kita baca dari buku-buku sirah, supaya kita dapat tahu dengan lebih mendalam..baca sekali tak cukup, biar berulang kali baru dapat “feel”..insyaAllah AnaKhalifatullah juga mahu mengerti dan memahami dengan lebih mendalam qisah HIJRAH ni..seterusnya sama-salam lah kita kutip ‘ibrah/pengajaran/iktibar dari peristiwa HIJRAH ini..Insya Allah..Rabbuna yusahhilna..

Friday, December 11, 2009

Dulu aku seorang anak kechil dan kini...

Jauh perjalanan..luas pandangan..bertambah pengalaman..

Seperti biasa ku mulakan kalam kali ini dengan lafaz “Bismillahhirrahmanirrahim…Syukur Alhamdulillah ku masih diberi kudrat, ruang dan waktu olehNya, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang untuk berada di sudut ini..

Dimana jua kita berada Allah sentiasa berada bersama menemani kita.. Subhanallah.Betapa Dia sayangkan seluruh hamba-hambaNya..tapi diriku sendiri, sejauh mana ingatan aku padaNya..
Ampunilah hamba Ya Allah..Astaghfirullahal ‘azim…

Namun, kasih sayangNya meliputi kemurkaanNya..masya Allah indahnya..jadi pintu keampunanNya sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNya..Kali ni “Anakhalifatullah” nak berkongsi cerita dengan sabahat semua tentang perjalanan hidupku, Anakahalifatullah..

Macam biasa kecik2 dulu umoq 6 tahun masuk tadika lah..dekat ja dengan umah..tapi dulu waktu mula2 nak masuk tadika kan…
“Tak nak..tak nak p”…ishh..Tak patut macam ni kan (tersenyum sendirian mengenang qisah silam)..pa pun itulah detik permulaan ke alam belajar..EDU??

SEKOLAH KEBANGSAAN KAYANG (SKK) – Ni nama sekolah rendah..”tempat pengajian” seterusya..tak dak gambaq yang diabadikan..camera ma abah tak bagi guna lagi…x pa..sentiasa segar terpahat diingatan ni..dari Tahun 1 sampai Tahun 6. Di sinilah segala ilmu ditimba..banyak pengalaman dirasa manis & pahit..Seorang ustazah yang pernah mengajarku..berperwatakan soapan,bertudunglabuh..comel dan manis orangnya..detik itu, timbul keinginan nak pakai tudung labuh tu..mula2 segan jgak..tapi lama-kelamaan, selesa sangat2..dan rasa selamat sangat2..bleh cuba tau! Wa lakin lilmuslimat faqat, laisa muslimin..
“Ya, bulatkan tekad..tak kisah la orang nak cakap..lagi pun bukannya salah..alah bias tegal biasa..”Tamat Tahun 6 (6 Amal), ku beralih ke alam sekolah menengah. Peringkat yang lebih tinggi..

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PEREMPUAN, KANGAR PERLIS. (SMKAP) atau dalam Bahasa Arab
المدرسة الثناوية الوطنية الدينية للبنات ,كنخر,برليس

Alhamdulillah…syukur sangat dapat masuk sekolah ni..memang pilihan hati pun..di sini ku belajar mengenali Islam dengan lebih dekat.Allah jua Maha Mengetahui apa yang ku lalui..manis, masam, manis, pahit..semua rasa ada..itulah warna-warni kehidupan yang menyelinap ke dalam hidupku..di sini lah pertama kali aku belajar BAHASA ARAB..mmm..susahnya…tapi sangat unik,,lama-kelamaan aku jatuh hati pada BAHASA ARAB..tak lah pandai sangat BA ni..tapi aku tahu aku sangat suka akan BA ini..ia Lughatul Quran, Lughatul Jannah, dan Lughatul Nabi..hebat sangat..memang tepat bahasa yang Allah pilih untuk Al-Quran…selain tu, yang besnya, kat sini ada pelajar muslimat (perempuan) ja..selesa nak buat kerja..tapi nak dijadikan cerita, waktu firstime nak pi tuition takut sangat..ramai muslimin..nakal-nakal pulak..bukan anti cuma kurang selesa..sebab dulu kat SKK da qisahnya…tapi lama-kelamaan dah biasa..ramai guru-guru yang ku kenali di sini,,Alhamdulillah semuanya baik2..” Bermula dengan Tingkatan 1 Sumaiyyah, 2 Sumaiyyah dan seterusnya 3 hingga 5 Siti Fatimah.. PMR,,Alhamdulillah..lepas tu SPM,,Alhamdulillah..

Tamat SPM…cuti yang agak panjang..takut benor nunggu keputusan..so, aku dan beberapa kawan baikku, bercadang mengambil kursus Bahasa Arab..kebetulan ada surat dari Pusat Bahasa Arab, Yayasan Islam Kelantan sampai kat sekolah.. tawaran kepada pelajar lepasan SPM/STPM & STAM..



Dengan keizinan daripada keluarga aku meneruskan pengajianku ke Pusat Bahasa Arab..firstime satu family dapat g Kota Bharu, Kelantan..best sangat..Nilam Puri..kata orang kat sana Bandar Ilmu..sebab sekitarnya ada pusat pengajian..kat sini ku teruskan impianku belajor Bahasa ‘Arab..semua orang yang p sana nampaknya, memang hebat2..kata ustaz dan ustazah kat situ, kami akan dilatih untuk cakap BA.. semua perkara..setiap tindakan/pertuturan kat kelas atau asrama takallam billugatil ‘arabiyyah..terdiam mendengar ayat tu..waktu taklimat mak ayah pun diorang cakap BA..dengar ja lah..huhuhu…lepas tu baru lah tukaq bahasa..ke BM..tersenyum semua..termasuk aku..

Perhimpunan Pagi –الطابور…apa tu..ohh, perhimpunan
Majlis Pelajar (مجلس الطلبة) yang conduct..setiap orang akan ada giliran untuk bercakap di hadapan..minggu ke berapa entah..alamak kena baca sya’ir..apa lagi hentam ja baca. Kawan2 pun motivate macam tu..akhirnya, kami semua dan aku sendiri belajar berdialog (sesi lakonan), kena berdebat, dan berpidato..semua pelajar kena..sebab itu markah kami..wa la budda ‘alaina an takallama billulgahtil ‘arabiah..last sebelum akhir kursus kena ujian bertulis.. Alhamdulillah, keputusan memuaskan.. banyak sebenarnya pengalaman kat PBA ni..
Pagi2 ada kelas dan sebelah petang ada perbincangan atau dikenali dengan – مناقشة الحرة

Selain tu, belajar “choral speaking” (كلام جماعي) emm, pendek kata semuanya best sangat…Terima kasih Ya Allah kerna memberikan aku peluang itu..Selesailah perjuanganku di Nilam Puri..

Satu hari, time makan lunch dgn famili kat umah,posmen antaq surat.. oh,dapat surat tawaran dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dapat kos Syariah dan Undang-Undang..disebabkan keputusan maktab tak keluar lagi, aku pun terima tawaran ni..semingga ja kat sini, sebab apa? Alhamdulillah dapat tawaran maktab.. Maktab Perguruan Islam B.B.Bangi.. seronok sangat, sebab memang nak masuk maktab pun..ma dan abah banyak bagi galakan..dan sekarang, inilah tempat belajarku..dulu awai-awai masuk panggil MPI pas tu IPIS dan sekarang IPG KPI..tak kisah la, asalkan maktab..kat sini banyak lagi cerita..banyak pula pengalaman..dapat tengok qisah
bakal2 guru..macam-macam rupanya..

Firman Allah SWT dalam (Surah Al-Mulk,67:15) yang bermaksud:

"Dialah yang menjadikan Bumi untuk kamu, yang mudah untuk dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekiNya. Dan hanya
kepadaNyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan."

Insya Allah cerita “Anakhalifatullah” akan bersambung..Wasalam…

Saturday, December 5, 2009

Rayuan Hamba


Rayuan Hamba
Munsyid : Firdaus
http://liriknasyid.com

Ku rebahkan keakuan yang terpaksi
Meredakan kekalutan dalam diri
Tuhan ganjarkan upaya
Untukku menyusuri jalanMu
Agar tak tersasar haluan kiblatku
Oh Tuhan

Ku dambakan kasih Mu
Rahmatilah hidupku
Hamparkan cintaMu buatku, oh Tuhan

Ku rindukan sayang Mu
Redhailah diriku
Di situ letaknya syurgaku, oh Tuhan

Hanya Dikau tempatku mengadu
Dengarkanlah sendu rayuku
Tiada aku tanpaMu oh Tuhan
Berkati hidupku di dunia dan akhirat

Siapalah diriku
Dihadapan KudratMu
Insan yang tidak berdaya oh Tuhan

Ku pohonkan dari Mu
Perkenankan doaku
Ampunilah dosa hambaMu oh Tuhan

Hingga sampai waktuku berundur
Kesaksian tetap dijunjung
Hidup mati kernaMu oh Tuhan
Limpahan maghfirah yang amat ku harapkan

- untuk dihayati bersama - luahan seorang hamba -

Firman Allah SWT..

َإِنْفِرُواْ خِفَافًاوَثِقَالاً وَجَهِدُواْ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِى سَبِيلِ اللهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌلَّكُمْ إِن كُنْتُمْ تَعْلَمُون (سورة التوبة,9 : 41)

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu(jiwamu) di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui."

Seruan untuk terus berdakwah dan menyampaikan dakwah Islam ini semakin hari semakin difikirkan..Tapi bagaimana hendak dimulakan? Ya, banyak caranya.Salah satu melalui usrah-usrah kumpulan yang diadakan..sedar atau tidak, kita punya tanggungjawab untuk menyebarkan agama Islam ini..

Firman Allah SWT melalui ayatNya di atas, mengkhabarkan kepada kita bahawa sama ada kita berasa ringan atau berat, kita mesti berbuat..JIHAD..

Satu perbualan kecil, dan ia masih terbeban difikiran.."Apa bezanya aku boleh solat atau tak, sama ja..".Seorang lagi jawab,"kita mesti jadi seorang yang Islam(mengamalkkan nilai Islam dalam setiap pekerjaan)..dan orang tu balas "aku bukan nak jadi macam tu"..Dan kata-kata itu dijawab kawannya "Tak pa lah, kita tunggu mungkin satu hari kamu akan berubah."..melalui qisah ni, aku asyik fikir apa yg harus dilalukukan..Insya Allah sedikit demi sedikit kesedaran mesti diberi,,dan yang akhir adalah DOA..Itulah penguat seorang MUSLIM yang jangan sesekali ditinggalkan(pesanan buat diri).

Duhai sahabat, bukan mudahkan kita nak tegur orang atau memulakan utuk bercakap tentang sesuatu yang kita rasa kita nak tegur..Nak tak nak kena berlemah lembut dan sabar.Lain orang, lain rentaknya..jadi cara nak tegur pun berbeza. Oleh sebab tu, kita mesti berbuat jugak walaupun hanya sekelumit usaha..usaha yang sikit dan kechil..Ayuh hati, kuatlah engkau.

Kisah Rasulullah ketika berdakwah di Ta'if kembali bermain diingatan..Baginda dibaling batu sehingga luka berdarah, namun tidak sedikitpun Baginda marah atau membalasnya. Sebaliknya, sentiasa mendoakan kebaikan.

Ironi bukan..kalau kita sudah pastilah akan membalasnya..Subhanallah, manis dan sabar sungguh pekerti Rasulullah..Itu lah dia qisah Da'ie sejati yang mesti dijadikan contoh. Mudah-mudahan, segala urusan dipermudahkan.

Syukur, Alhamdulillah..lahirnya aku sebagai seorang ISLAM-MUSLIM..kerana itu aku sedar, aku punya tanggungjawab. Cuma aku bimbang, kiranya tak dapat MEMBERI sesuatu pun dalam agamaku dan orang disekeliling...

DAN teman-temanku, kerna engkau juga bergelar MUSLIM(beragama ISLAM), ayuh kita gerak bersama memperkasakan kembali ISLAM dan menjulang nilai Islam dalam diri dan hidup kita..usahlah dilihat dari apa pekerjaanmu, tapi lihatlah dirimu sebagai seorang yang bergelar MUSLIM..banyak tanggungjawabnya..




...."Ya Tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami dan ampunilah kami, Sungguh Engkau Maka Kuasa atas sesuatu"..Surah Al-Tahrim,66:8)

"Ya Allah, kuatkanlah hambamu ini dijalanMU..permudahkan segala urusanku..berilah aku jalan dan hidayahMU..dan janganlah biarkan hamba berputus asa.Ya Ar-Rahman, ku mohon kasihMU..kasihanilah hamba..Ku harap, aku dapat bertemu dengan MU, suatu masa kelak.Ameen...

Friday, December 4, 2009

Bicara Hikmah..

Masa dan waktu adalah sesuatu yang amat tinggi nilai dan harganya. Orang yang tidak memahami dan tidak mengerti nilai dan harga waktu, pada suatu hari nanti akan menyesal dan berdukacita dengan masa lalu yang telah terlepas dari genggamannya. Orang begini sering menanti dan menangguh-nangguhkan penggunaan waktu. Sesuatu yang boleh dilakukan pada hari ini, akan ditangguhkan pelaksanaannya hingga esok hari. Tugas yang seharusnya dilakukan dengan serta- merta akan ditangguhkannya ke saat yang lain. Dengan itu banyak peluangnya akan terlepas, dan dia akan merasa kesal dengan tindakannya melengah-lengahkan penggunaan waktu.

Pesanan buat diri...jangan suka bertangguh ya!!
Jadi, mesti buat sesuatu sebaik mungkin..Mudah-mudahan.Ameen..



Atas Nama Cinta..Lagu latar blog

Atas Nama Cinta
Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka



Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

Thursday, December 3, 2009

Ya Rasulullah..permergianmu pernah ditangisi..perjalanan hidupmu aku kagumi.


Sejenak bersama sirah Kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W..sayu rasanya hati membaca dan menelusuri perjalanan baginda..Masya Allah.Sungguh hebat dugaan yang ditempuh insan yang bernama Muhammad Bin Abdullah ini.

Terasa ingin sekali bertemu dengan baginda, "Khatimul Anbiya'" ini..Terbit rasa syukur kerana Dia menjadikan aku sebagai salah seorang umat kepada kekasih agungNya..mudah-mudahan rasa cinta pada Nabiku ini hingga akhir hayatku dan tidaklah sekadar meniti dibibir atau pada tulisan ini semata.

"Biar apapun tomahan dan cacian orang kafir, namun Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam tidak peduli dengan semua itu..Baginda terus melangsungkan perjuangannya dengan penuh kesabaran serta bertambah giat lagi.

Firman Allah SWT melalui surat cintaNya(Al-Quranul Karim) yang bermaksud:

"Serulah(manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya, Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk. (Surah An-Nahl,16:25)

Dan firmanNya Allah lagi:

"Dan bersabarlah engkau(Muhammad) bersama orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaanNya...(Surah Al-Kahf,18:28)

HIKMAH dan SABAR..Itulah jalan yang Allah berikan pada kita.Padanya punyai seribu kelebihan..Cara berhikmah..bagaimana ya?Berbuat baik..ya betol2.Sabar..sangat perlu supaya tak tersalah langkah akibat sikap terburu-buru..Sifat-sifat ini dimiliki oleh Rasulullah SAW..Kesimpulannya, kisah dan sirah hidup baginda mesti dibaca dan dihayati..Mudah-mudahan, coretan ini memberi semangat buat diriku untuk terus mengenali insan ini.."Dia Muhammad, Penutup Segala Nabi, Penyampai Rislah Suci.."

Renungan : Nabi Muhammad SAW memberitahu bahawa kematian adalah perpindahan. Ia bukan akhir bagi kehidupan. Takut kepada kematian tidak akan menyelamatkan diri dari kematian. Cinta kepada kehidupan tidak akan menangguhkan ajal.

" Ya Allah, kuatlah iman hamba..kuatkanlah cinta dan kasihku padaMu dan NabiMu."
Ameen.

Wednesday, December 2, 2009

Renungan kepada diri..


RENUNGAN ¤¤¤


KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB:
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286




KITA BERTANYA: KENAPA RASA SEDIH DAN KECEWA (FRUST)?
QURAN MENJAWAB:
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
-Surah Ali-Imran ayat 139

KITA BERTANYA: APAKAH YANG HARUS AKU LAKUKAN?
QURAN MENJAWAB:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Ali-Imran ayat 200

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB:
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”
-Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB:
“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.....”
-Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB:
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.”
-Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA: BAGAIMAN JIKA AKU TIDAK MAMPU BERTAHAN LAGI??!!
QURAN MENJAWAB:
“.....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
-Surah Yusuf ayat 12


Wahai diri, setiap apa yang Allah jadikan, ciptakan, berikan sama ada baik atau sebaliknya mempunyai hikmah dan pengajaran yang perlu kita fikir dan renungkan..bukan lah ia bersifat sia-sia atau sengaja..(Surah Al-Anbiya',21:16)

Terima Kasih Ya Allah kerana melahirkan aku sebagai seorang ISLAM..ku harapkan nikmat ISLAM & IMAN ini akan terus kekal tersemat dalam diri, hinggalah aku pulang menghadapMU..Amin.

Tuesday, December 1, 2009

...كلام بوات ديري...


Rehlah Kehidupan



Inilah hidup…
Satu rehlah dan pengembaraan
Seorang ‘Abid kepada Khaliq

Kehidupan bukan khayalan
Tetapi sebuah bahtera kehidupan
Yang menuntut perjuangan dan pengorbanan

Wahai diri…
Tak usahlah kau mengeluh
Kerana hidup tak semudah yang disangka
Pentasi dan harungilah ia
Kerana kau sebenarnya punyai harapan dan cita-cita

Wahai diri…
Milikilah jiwa seorang mujahidah
Berjuanglah untuk diri mu dan agama mu
Kenalilah Pencipta diri mu
Kau pasti bahagia
Kerna itulah hakikatnya.

Ya Allah pandulah hidupku
Ku mohon..
Dengarlah rayu ku
Bantulah hamba ketika diri lemah
Dan tidak berdaya
kerna hanya Engkau Yang Maha Mengetahui
terima kasih atas kasih dan sayangMu
Moga-moga aku dapat bertemu dengan Mu ...
Ameen Ya Rabbal ‘Alamin.

Dia Ar-Rahman..Dia Ar-Rahim...


" حَسْبِىَ اللهُ لَآإِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ "

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘arasy yang agung.”

Alhamdulillah..pagi ini aku masih diberi ruang dan peluang untuk berada di sini,,menghirup udara segar,melihat alam ciptaan Allah..Subhanallah..

Allah S.W.T berfirman dalam (Surah Al-Anbiya’,21:16)

وَماَ خَلَقْنَا السَّمَآءَ وَالأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا لَعِبِين

“Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan segala apa di antara keduanya dengan main-main.

Mudah-mudahan, ini dapat menguatkan iman aku padaNya…Amin.