Salam dunia...

Friday, January 27, 2012

YA ALLAH… BERTABAHLAH HATI..

ALLAH ITU SENTIASA DI SISIMU

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Tiada yang lebih indah di dunia ini pabila urusan kita dengan Allah dapat kita sempurnakan cukup..
Tiada rasa yang lebih tenang pabila hati patuh dan tunduk bertemu dengan penciptaNya..
Allahu Akbar!!!

Segala yang bermula pasti akan ada akhirnya
Dalam derita akan ada bahagia yang akan tiba
Tiap pertemuan jua akan adanya perpisahan
Dan tiap yang hidup pasti punya akhirnya
Begitulah masa berlalu.

Ya Allah
Hamba terlalu banyak dosa padaMU
Dan aku ingin sentiasa kembali padaMU
Berilah hamba taufiq dan hidayahMU
Segala yang berlaku adalah kerana aku
Bukan salah mereka atau sesiapa.

Sekian kali aku bermuhasabah
Jawapan ku temukan
Rupa-rupanya belum cukup sempurna pengabdian diri ini padaMU.
Maafkan hamba Ya Ilahi.

Firman Allah, Surah Al-Baqarah, 2: 186
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila dia bermohon kepadaKu, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
~Maha Benarlah firman Allah~

Thursday, January 12, 2012

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un...

Hatiku milikNYA…


Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamu’alaikum buat seluruh sahabat, saudara, teman, dan rakan-rakan yang amat aku sayangi. Moga kalian sentiasa dalam rahmatNya..Amin.

Tatkala bahang “kepetahan” dunia makin terasa,
Manusia pula sibuk belumba-lumba,
Hati mula menjadi serba gelisah,
Kerana Dia engkau tinggalkan,
Siapakah Dia?
Dia lah, Allah Tuhan yang aku sembah dan sujud.

Ya Allah,
Hatiku milikMu,
Pimpinlah jalan hamba,
Agar tidak tersungkur,
Di keesokan hari.

Jutaan nikmatMu telah Kau beri,
Aku pula ingin memberikan hatiku padaMu,
Sedaya upaya aku usahakan untukMu ya Rabb.



Alam dunia yang kian menghambat,
Aku bimbang terjatuh,
Tapi, tatkala aku berikan hati ini padaMu,
Ternyata, Engkau berikan aku rasa bahagia,
Itulah yang aku rasa.

Telatah manusia..
Masya Allah, pelbagai aneka,
Begitulah rencah di atas kehidupan dunia.
Tapi, tatkala Kau berikan aku peluang untuk ingat padaMu,
Kau terus memberi kan aku daerah ketenangan.

Sungguh, Kau Maha Hebat Ya Rabb,
Izinkan aku untuk terus mencintaiMu hingga akhir hayatku,
Amin.

Monday, January 2, 2012

Kerana AKU APRIL…


Aku dilahirkan pada / wulidtu fi/ i was borned on :
12 APRIL 1989 = 6 RAMADHAN 1409H / RABU

- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.

Sangat aktif dan dinamik. Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. Sangat menarik dan pandai menjaga diri. Punya daya mental yang sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sangat diplomatik (pandai memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. Sangat berani dan tiada perasaan takut. Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Cuba kawal perasaan. Kecenderungan bersifat pendendam. Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yang sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. Berpenyakit disekitar kepala dan dada. Sangat cemburu dan terlalu cemburu

Ada beberapa perkara yg tepat dan kena pada diri dan ada yg tak…sekadar mengenali diri..kekurangan dan kelebihan yg ada pada diri kurniaan Ilahi..semakin aku kenal diri, semakin aku kenal Pencipta Diri,,,Dia Maha Hebat, Allahu Akbar!

Muhasabah Ana di Jendela 2012

“SEBAIK-BAIK TEMPAT KEMBALI IALAH DIA”

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum…

Ya Allah, biar namaMu dalam hatiku,
Ya Allah, segalanya ku sandarkan kepadaMu,
Langkah hidupku diteruskan sekuat dayaku,
Kerana aku tahu Engkau sentiasa disisiku,
Terima Kasih Allah.

Tatkala hati dipenuhi hiba,
SantunMu menyeri dunia,
KemurahanMu tiada terkira,
Itu lah bukti kasihMu, Kau beri tanpa berkira.

Ya Allah,
Ujian dunia ku tempuh,
Ku mohon taufiq dan hidayahMu,
Supaya tak rebah,
Tersungkur lemah,
Kerana matinya hati,
Lesunya jiwa,
Bisanya, mampu menggugat Iman di jiwa.

Ya Allah,
Aku ingin terus mengenaliMu,
Ujian dari Mu ingin ku sambut redha,
Kuatkan hamba Ya Rabb.

Ya Allah,
Suka dan duka,
Kejayaan dan kegagalan,
Kau berikan kepada sesiapa jua.

Bila rasa suka dan kejayaan Kau beri,
Manusia tersenyum ria.

Bila rasa duka dan kegagalan menghimpit diri,
Manusia mula hilang keyakinan diri.

Hamba perna h melewati situasi ini,
Ku pohon kekuatan dari Mu Ya Rabb,
Dan Kau berilah jua kekuatan kepada mereka
yang berada di sekelilingku.

Ya Allah,
Bicaraku di sini,
Engkau lebih tahu apa sebenarnya di hati,
Moga namaMu terus tersemat dalam diri,
Terima Kasih Ilahi.


~ LA ILAHA ILLA ANTA, SUBHANAKA, INNI KUNTU MANAZZOLIMIN ~
(TIADA TUHAN YANG KU SEMBAH MELAINKAN ENGKAU YA ALLAH, MAHA SUCIMU, SESUNGGUHNYA AKULAH YANG MANZALIMI DIRI SENDIRI)