Salam dunia...

Saturday, November 28, 2009

Satu permulaan...

Seuntai kata penuh bermakna dari As-Syahid Imam Hassan al-Banna:
"Kita bukanlah yang memulakan dan kita bukanlah yang mengakhiri, tetapi kita adalah rantai-rantai perjuangan"...Indah sungguh kata-kata ini.Penuh isi yang tersirat..dan perlu lagi difikirkan dan direnungkan.Apakah aku layak bergelar pejuang??Satu persoalan untuk diri..

Atas keinginan diri dan ajakan kawan-kawan, ku mulakan satu lagi qisah hidupku..Dunia blogger..agak seronok, cuma kena rajin lebih la..Ya, teman-teman insya Allah akan ku hiasi blog ni sebaik mungkin..untuk curahan hati dan perkongsian ilmu.Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W,

"Sebaik-baik manusia ialah banyak memberi manfaat pada orang lain".
Insya Allah, apa yang ku harapkan ialah dapat membuat sesuatu perkara sebaik mungkin..untuk diri dan orang disekeliling..sungguh cabaran sentiasa datang.Namun, hakikatnya ia adalah pengukuh kepada tiang kesabaran..mudah-mudahan aku dan teman-teman sentiasa beroleh kekuatan dari Allah untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab kita selaku khalifahnya..Ameen.

Ingin ku kongsi sepotong ayat Al-Quran yang mafhumnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan) untun mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah(berjuanglah) dijalanNya, agar kamu beruntung."

(Surah Al-Maidah,5:35)

Ya, betapa Allah mahukan umat yang dikasihiNya berjaya/beruntung. Lalu, diberinya jalan(wasilah) untuk kita menjadi antara mereka yang mendapat keuntungan..dan TAQWA itulah sebaik-baik bekalan..ayuh diriku,sahabat,rakan dan teman kita mencari redha Allah..jadinya, kita tak boleh cepat menyerah kalah dan putus asa..Insya Allah kita pasti berjaya.Firman Allah lagi menerusi firman agungNya Al-Quranul Karim:

.....وتزودوا فإن خير الزاد التقوى

Maksudya : dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah taqwa.

Izan(jadi),jom kita sama-sama usaha untuk peroleh ketaqwaan, dan hiasilah diri dengan kesabaran..yakin dan percayalah wahai diri dan teman-teman, SABAR itu INDAH.

No comments:

Post a Comment