Salam dunia...

Sunday, January 10, 2010

Kematian itu pasti.."kullu nafsin zaa iqatul maut"

AL-MAUT (SEBUAH KEMATIAN)

Semalam bertarikh, 9.1.2010, aku menyaksikan satu lagi kematian iaitu sepasang bayi lelaki kembar..saat aku terlihat dua susuk tubuh kecil berbalut kain putih itu dibawa oleh seorang mak cik..terasa sayu di hati..tetapi arwah mungkin menjadi syafaat buat ahli keluarganya..

Sangat kecil, terlalu muda..Allah memanggilnya pulang..masih suci bersih dan tiada noda dosa..apa lah pula nasibku..Allahu akbar..bimbang memikirkan hal ini..namun, persediaan adalah perlu supaya tiada kedengaran tangisan penyesalan kelak..kerna bertanyakan kenapa lah aku di dunia dahulu tidak mengerjakan amal kebajikan, berbuat baik..segala-galanya PASTI sudah terlambat jika ini berlaku.

Peringatan demi peringatan kerap kali diungkapkan, tapi adakah hati dan diri ini mengambil iktibar?? Tanyalah dirimu..
Bukan kerna hanya amalan, seseorang beroleh syurgaNya, tetapi juga kerana rahmatNya.. Subhanallah..lihatlah kasihNya.Dia sungguh menyayangi kita, tetapi di manakah kita menempatkan Dia dalam diri kita? Wahai diri, sedarlah..

REHLAH KEMATIAN
Ya Allah, aku insan lemah yang sangat memerlukanMu. Berilah hamba petunjuk dan hidayahMu. Mudah-mudahan aku tidak tersasar dari landasan agamaMU. Ameen.

Antara cara membersihkan diri (tazkiyatun nafsi) - banyakkan memperingati mati..ingatan buat diri.

No comments:

Post a Comment